Saturday, August 29, 2009

Pergi "checking" rumah....

Pihak pemaju call suruh kami datang untuk buat "checking" sebelum diberi kunci pada 20 Ogos 2009 lepas. Kami pergi dalam pukul 10 pagi. Rumah dah dibuka. Kami melihat sekita rumah dan ruang-ruang serta kawasan yang dianggap bermasalah. Banyak jugak la kami komplen seperti tingkap yang dipasang senget, keretakan pada siling, kayu siling yang dah merekah, paip air yang tak dipasang dengan betul dan beberapa lagi lah...

Sepatutnya kami dah dapat kunci bulan Jun 2009 lagi tapi disebabkan masalah dengan DBKK, pihak pemaju tidak dapat berbuat demikian. Kami dijangkakan dapat kunci hujun bulan September nih.