Saturday, August 29, 2009

Pergi "checking" rumah....

Pihak pemaju call suruh kami datang untuk buat "checking" sebelum diberi kunci pada 20 Ogos 2009 lepas. Kami pergi dalam pukul 10 pagi. Rumah dah dibuka. Kami melihat sekita rumah dan ruang-ruang serta kawasan yang dianggap bermasalah. Banyak jugak la kami komplen seperti tingkap yang dipasang senget, keretakan pada siling, kayu siling yang dah merekah, paip air yang tak dipasang dengan betul dan beberapa lagi lah...

Sepatutnya kami dah dapat kunci bulan Jun 2009 lagi tapi disebabkan masalah dengan DBKK, pihak pemaju tidak dapat berbuat demikian. Kami dijangkakan dapat kunci hujun bulan September nih.

Saturday, June 27, 2009

Dah siap...


12/06/2009
Originally uploaded by NoorSham @ Pok Sey
Bawak mentua aku melawat rumah baru kami. Dah siap dah.... Tunggu OC dan kunci rumah jer. Tak sabar rasanya nak masuk rumah baru nih. Anak kami si Hani tiap-tiap hari dok tanya bila nak pindah rumah baru....

Kat rumah ni aku nak sediakan satu bilik untuk Hani dan satu bilik untuk Iman dan Irfan. Biar mereka selesa bila membesar nanti...

Perancangan tu nak pasang tiles kat tingkat atas dan nak besarkan dapur skit. Tapi duit tak mencukupi. Rasanya cukup untuk pasang tiles, pasang grill dan lampu. Dan rasanya sedikit untuk buat base kat belakang dapur tuh...