Wednesday, July 30, 2008

Lakar plan ubahsuai

Tingkat Atas Sebelum Ubahsuai


Tingkat Atas Selepas Ubahsuai


Plan Bawah Sebelum Ubahsuai


Plan Bawah Selepas Ubahsuai

Ada sedikit masa free, aku design la ubah suai rumah bari aku nih. Nak kata sikit tu tak sikit jugak la. Tambah dapur dan buang dapur sedia ada sebab dapur asal tu kecik. Tingkat atas plak kasi master bedroom tu sama ngan dapur dibawah. Bilik master asal dijadikan tempat sembahyang atau ruang untuk tetamu. Kosnya ? Hmmmm.....

Sunday, July 27, 2008

Plan rumah kami di Taman Cerah

Ini adalah plan asal sebelum diubahsuai. Nanti bila nak ubahsuai di kemudian hari baru nak lukis plan baru. Mungkin tambah dapur la kasi luas skit lagi. Sekarang ni tak boleh nak agak sebab bahagian belakang dia tu blum tahu lagi pagarnya berapa luas. Kalau ikut plan tu, kira ok dah kalau nak tambah ruang dapur.

Saturday, July 26, 2008

Rumah sewa sekarang

Ini gambar rumah sewa kami sekarang, Taman Bakti Ikhlas, Inanam. Dah tiga orang anak kami yang membesar disini. Kami tinggal disini sejak tahun 2004 lagi. Kami adalah penyewa pertama. Masa memula tinggal disini dulu ada 3 blok yang belum siap. Masa tu kat belakang rumah kami ada rumah kongsi indon. Takut gak masa tu sebab kerap belaku kecurian. Sekarang ni dah ok sebab sekeliling kawasan dah dipagar dan ada pengawal keselamatan yang mengawal siang malam.

Di rumah ini jugalah entah berapa orang pembantu rumah kami yang bertukar. Yang pertama dulu dari Timur Timor. Dan selepas dia berhenti ada la beberapa orang yang bekerja. Ada yang bekerja 1 hari jer. Ada sampai 3 hari. Dan sekarang ni kami ambik pembantu filipina. Ok la. Dah lebih 6 bulan dia kerja ngan kami.

Berbalik kepada rumah sewa kami nih, dulu sewa dia RM380 sebulan. Lepas satu tahun naik RM450 sebulan. Kami tak kisah sebab owner dia ok. Lewat bayar sewa pun boleh bertolak ansur.

Tapak rumah kami sebelum pembinaan

Ni la tapak rumah kami pada 8-11-2007. Masa tu sesaja ambik gambar. Tak terniat pun nak beli rumah kat situ.

Ni plak dia punya tapak tiang dan dibuat dan dimasukkan simen. Masa tu dalam proses urusan pembelian dengan pemaju. Keluar masuk bank dan naik turun pejabat loyer 3/4 kali gak ler. Bila dah selesai urusan pembelian tu, rasa tak sabar nak tunggu rumah siap.

Kekadang tu setiap hari aku lalu kat sini. Macam tak pecaya aku dan bini aku beli rumah kat sini. Tapi yang nyata sekarang ni start bulan Julai 2008 kami dah start bayar rumah tu ngan MBSB sebanyak RM300++ sebulan untuk permulaan. Bila dah siap sepenuhnya baru bayar full.

Gambar terbaru rumah kami...

Pagi tadi masa nak g kerja aku singgah di tapan pembinaan rumah kami di Taman Cerah, Menggatal. Taman tu jalan nak masuk ke SMK Bandaraya ( dulu SMK menggatal). Masih dalam pembinaan. Dijangka siap pada bulan September nih. Tapi dapat CFnya tak tahu la. Mungkin boleh masuk awal tahun depan. InsyaAllah....