Thursday, December 25, 2008

Pagar rumah...










On da way ke tempat kerja, aku selalu lalu depan rumah baru kami. Tengok depan rumah dah naik tembok pagar. Hmmm... Ok la tu tapi mana pagar dia ? Lambat gak meka ni buat pagar. Mungkin nak tunggu siap tembk pagar depan dahulu.

Monday, December 1, 2008

Deposit air dan elektrik...






Pihak GKS Development ada call kami supaya datang menandatangani borang permohonan untuk air dan elektrik. Kami pergi ke pejabat GKS Development 2 hari lepas. Deposit air bayar terus tapi untuk elektrik kami kena memohon meter elektrik di sendiri di SESB. Mereka hanya hantar borang permohonan sahaja.

Lepas tu kami pergi melawat rumah baru sekejap. Para pekerja binaan sedang membuat "finishing" tiles dapur dan bilik air serta sedang mengukur luas kawasan rumah untuk dibuat pagar serta jalan raya.

Saturday, September 27, 2008

Gambar lawatan terbaru sebelum raya

On da way nak g kerja, sempat singgah tgk pembikinan rumah baru nih. Tak banyak perubahan dalaman. Tiles dah siap pasang di tingkat bawah. Bumbung beranda pun dah siap pasang. Di luar rumah, di ruang parking kereta tanah dah diratakan untuk disimen. Lantai bilik air tingkat atas terpaksa diketuk balik sebab mereka tersilap taruk simen. Terlebih simen la plak. Tebal sangat.

Dah tak sabar nak duduk rumah bari nih. Nanti dah dapat kunci esok, nak buat ubah suai dapaur plak. Adish....dish....dish... Duit lagi....





Sunday, September 14, 2008

Video lawatan ke rumah baru

Pada 10 September lepas, abah sempat singgah tgk rumah baru dengan Jerry. Abah ada bawak video cam masa tu. So, boleh la ambil gambar video skit. Pembinaan sedang rancak berjalan. Kebanyakkan pekerja disitu dan biasa dengan kehadiran abah dan ada yang dah tahu abah datan nak tgk rumah. Nak test camera video baru ni sebenarnya. Baru beli tempohari.

Monday, September 8, 2008

Apa yang dah siap..?

Dah lama tak melawat rumah baru nih. On da way nak pergi kerja, singgah sekejap. Tgk apa yang dah dibuat. Ramai pekerja pagi ni dok buat kerja masing2. Masa sampai tu, mereka tgk jer aku datang. Sekali aku perkenalkan diri bahawasanya aku datang melawat rumah aku, baru mereka nampak lega. Mungkin fobia sebab 2 minggu lepas ada operasi menangkap PATI. Para pekerja sibuk mengangkat barang2 untuk memasang kekuda beranda depan rumah. Aku masuk kedalam rumah aku dan tgk2 apa yang dah dibuat.

Siling atas dan bawah dah siap diplaster. Batu2 dan kayu yang berselerak dulu dah dibuang. Seluruh rumah dah dibersihkan untuk memudahkan kerja2 memasang tiles. Longkang depan rumah pun dah siap. Harapnya lepas ni tiada kerja2 yang sangkut lagi.



Wednesday, August 27, 2008

Dimana rumah kami...?

Rumah kami tak hilang... ada... Ni dia petanya. Bulatan merah tu adalah lokasi rumah kami. Peta ni di ambil dari google maps. Gambar satelit tu blom di update. Jadi masih nampak hutan lagi.

Katanya sip bulan September tapi ni nak masuk September tapi blom nampak nak siap lagi tu. Mungkin disebabkan harga minya naik nak operasi pembersihan PATI menyebabkan kerja-kerja pembinaan slow skit. Lagipun dah lama abah tak melawat rumah tu. Member2 yang beli rumah kat situ pun ada yang pergi melawat rumah mereka. Minggu lepas ada la lalu kawasan tu. Tgk ada pekerja dok buat kerja perparitan. Mungkin disebabkan dalam seminggu dua ni hujan jer, mereka buat kerja perparitan cepat skit supaya aliran air tidak merosakkan jalan dan tanah yang ditimbus.

Ingat nak g tgk apa perkembangan rumah baru tu dalam 2/3 hari lagi. Tgk la kalau tak busy... Nanti boleh taruk gambar terbaru lagi.

Thursday, August 21, 2008

Operasi PATI

Alamak..lambat lagi la nak siap umah kita bah..sekarang sibuk operasi tangkap PATI plak. Kebanyakan yang keja ni bukannya ada permit pun tu. Biasa la majikan nak kurangkan kos. Time lalu umah dua tiga ari lepas, xleh nak tgk sangat coz jalan ditutup. Nanti la tgk len kali ya. Umah dah siap ni, banyak le nak kena kuar duit buat renovation.Mudah2an dimurahkan rezeki hendaknya..Amin..

Monday, August 11, 2008

Beberapa keping gambar terbaru

Apa yang hang dok perati tu PJ? Tuan rumah sendiri pun lupa nak ambil gambar kenangan kat depan rumah nih. Nanti la lain kali.

Ni tangga nak nai atas. Yang tak bestnyer kat bahagian lengkok nak naik atas tu. Apasal dia tak kasi rata jer. Kenapa mesti buat satu anak tangga kat situ. Kasi rata terus apa salahnya. Boleh ler letak meja kecik kat situ.

Pemandangan ruang tamu yang diambil dari dapur. Dah masuk barang lepas nih, mesti nampak sempit nih.

Pemandangan dapur dari ruangan tamu. Sempait gak. Tu la ingat nak buang jer bilik air tu dan letakkannya di luar sana. Area dapur tu boleh buat tempat makan.

Ni plak link untuk paip najis. Kalau nak buat dapur kat belakang nih, kena alih mainhole nih. Takkan nak buat dapur atas penutup lubang najis ni plak. Nanti keluar bau semerbak plak.

Lihat perkembangan terbaru...

Pagi tadi, masa on da way ke tempat kerja sempat singgah sekejap tgk apa perkembangan terbaru rumah baru kami tu. Pergi dengan Pok Jue. Pok Jue sempat jugalah ambil gambar kenangan kat depan rumah tu.

Tak banyak perubahan yang dibuat. Cuma belakang jer mereka sedang buat sambungan mainhole ( paip najis ler). Ambil beberapa keping gambar dalam dan luar rumah tu, lepas tu kami blah.

Ada beberapa pekerja indon yang baru bangun tido dok merapa sekitar kawasan pembinaan tu. Sekali nampak kami, mereka terus lari bersembunyi. Al-maklum la, sekarang ni musim operasi. Kalau dah nampak kami pun mereka rasa takut, sah memang tak ada pasport tuh. Aku tak kisah mereka ada passport ker idak. Janji rumah kami ni cepat siap. Kalau dah siap esok, nak tangkap pun tangkap ler meka nih. Tinggal lama2 disini nanti lain hal plak yang jadi.


Wednesday, August 6, 2008

Design dapur




Gambar-gambar kat atas ni cuma contoh jer...

2/3 hari ni dok surf Google cari contoh design dapur idaman kami. Nak dapur camana yer? Tapi kena la dengan budgetnyer. Kalau tak kena ngan budget, tak jadi gak.

Monday, August 4, 2008

Ubahsuai plan dapur skit lagi

Boring-boring ni abah buat ubah suai pada plan dapur skit lagi. Supaya nampak luas, abah letakkan tandas tu dibelakang. Kasi dia unjur ke luar skit. So dapur tu luas la skit. Bahagian yang warna purple tu buat kabinet dapur. Ok tak?

Wednesday, July 30, 2008

Lakar plan ubahsuai

Tingkat Atas Sebelum Ubahsuai


Tingkat Atas Selepas Ubahsuai


Plan Bawah Sebelum Ubahsuai


Plan Bawah Selepas Ubahsuai

Ada sedikit masa free, aku design la ubah suai rumah bari aku nih. Nak kata sikit tu tak sikit jugak la. Tambah dapur dan buang dapur sedia ada sebab dapur asal tu kecik. Tingkat atas plak kasi master bedroom tu sama ngan dapur dibawah. Bilik master asal dijadikan tempat sembahyang atau ruang untuk tetamu. Kosnya ? Hmmmm.....

Sunday, July 27, 2008

Plan rumah kami di Taman Cerah

Ini adalah plan asal sebelum diubahsuai. Nanti bila nak ubahsuai di kemudian hari baru nak lukis plan baru. Mungkin tambah dapur la kasi luas skit lagi. Sekarang ni tak boleh nak agak sebab bahagian belakang dia tu blum tahu lagi pagarnya berapa luas. Kalau ikut plan tu, kira ok dah kalau nak tambah ruang dapur.

Saturday, July 26, 2008

Rumah sewa sekarang

Ini gambar rumah sewa kami sekarang, Taman Bakti Ikhlas, Inanam. Dah tiga orang anak kami yang membesar disini. Kami tinggal disini sejak tahun 2004 lagi. Kami adalah penyewa pertama. Masa memula tinggal disini dulu ada 3 blok yang belum siap. Masa tu kat belakang rumah kami ada rumah kongsi indon. Takut gak masa tu sebab kerap belaku kecurian. Sekarang ni dah ok sebab sekeliling kawasan dah dipagar dan ada pengawal keselamatan yang mengawal siang malam.

Di rumah ini jugalah entah berapa orang pembantu rumah kami yang bertukar. Yang pertama dulu dari Timur Timor. Dan selepas dia berhenti ada la beberapa orang yang bekerja. Ada yang bekerja 1 hari jer. Ada sampai 3 hari. Dan sekarang ni kami ambik pembantu filipina. Ok la. Dah lebih 6 bulan dia kerja ngan kami.

Berbalik kepada rumah sewa kami nih, dulu sewa dia RM380 sebulan. Lepas satu tahun naik RM450 sebulan. Kami tak kisah sebab owner dia ok. Lewat bayar sewa pun boleh bertolak ansur.

Tapak rumah kami sebelum pembinaan

Ni la tapak rumah kami pada 8-11-2007. Masa tu sesaja ambik gambar. Tak terniat pun nak beli rumah kat situ.

Ni plak dia punya tapak tiang dan dibuat dan dimasukkan simen. Masa tu dalam proses urusan pembelian dengan pemaju. Keluar masuk bank dan naik turun pejabat loyer 3/4 kali gak ler. Bila dah selesai urusan pembelian tu, rasa tak sabar nak tunggu rumah siap.

Kekadang tu setiap hari aku lalu kat sini. Macam tak pecaya aku dan bini aku beli rumah kat sini. Tapi yang nyata sekarang ni start bulan Julai 2008 kami dah start bayar rumah tu ngan MBSB sebanyak RM300++ sebulan untuk permulaan. Bila dah siap sepenuhnya baru bayar full.

Gambar terbaru rumah kami...

Pagi tadi masa nak g kerja aku singgah di tapan pembinaan rumah kami di Taman Cerah, Menggatal. Taman tu jalan nak masuk ke SMK Bandaraya ( dulu SMK menggatal). Masih dalam pembinaan. Dijangka siap pada bulan September nih. Tapi dapat CFnya tak tahu la. Mungkin boleh masuk awal tahun depan. InsyaAllah....